Monday, 19 September 2011

Bye bye in your dreams!

Kuat ngigau sungguh lah si Amru tuh. Tengoh2 tido tiba duk "byeee" "byeee" sambil lambai2 tangan.

Friday, 16 September 2011

No worries my dear

Walaupun aku sebenarnya takdok masa nak blogging, tp aku sangat rinduuuukan my blog. Lebih2 lagi since IT HAS DISAPPEARRED! And lagipon aku rasa kalau blogging boleh menghilangkan sikit stress aku. So nk blogging balik lah, aci tak?

Hmm, lately even status updates FB aku pon mcm org tension semacam je. Don't get me wrong, takyah lah nk imagine aku ni mcm tgh stress gila, muka moyok sokmo sambil garu2 kepala mcm org ada tekanan jiwa dan perasaan. Ahaks, now THAT would be funny. Aku ceria sokmo, mmg ceria pon ditemani suami yg sokmo buat lawak yg kelakar (coz ramai je manusia yg suka buat lawak tp x kelakar kan?) - tu baru sikit okay- and lebih2 lg bila ditemani seorang anak yg sedang membesar n mcm2 aksi menarik...ahaha...life is good. and lebih2 lagi tambah pulak dgn anak sorang lg tgh duk somersault sambil lawan gusti dgn isi perutku...reminding me constantly that she is always there with me (yup, it's a SHE :) ) ooh life sangat indah. lebih2 lagi (berapa kali dh aku ulang ayat tu?) since aku ni memang jenis hakuna matata no worries...

Tapi kadang2 dikala sunyi sepi aku mikkir gok psl semua masalah2 n kerja2 yg belum settle. maka FB lah jd mangsa tempat ku luah perasaan. ahaha. pa pe je lah. serabut betul.

Thursday, 25 August 2011

My blog disappeared :(

Sakit hati weih...sabar...sabar..bulan puasa ni.
Of coz lah sakit hati: my blog hilang begitu sahaja!!!
Dulu aku ingatkan sebab tak bayar, tp rupa2nya laki aku dah bayarkan dah, and lagipon expiry date dia lambat lagi. Rupanya some kind of virus kot. Yg geramnya syarikat hosting n domain aku tu x balas2 pon email bila aku tanya bakpo heh blog aku hilae doh ning...gi mano heh blog aku ning....


Sebelum ni ade je aku save my blog entries dlm bentuk xml tu, tp lepas format computer tempoh haru, semuanya hilang :(

Then 2 mlm lepas tiba2 rasa rindu sgt kat my blog, apa lg, aku online kol 3 pagi, n cari balik cached pages of my blog apa2 yg boleh ku recover n paste di sini. tapi sikit peh je lah yg dpt. Sedih tauuuuuuuuuuuu...

Takpe reej, mulakan hidup baru dgn blog baru.

Sunday, 10 October 2010

101010


Cantik kan tarikh hari ni? Mesti ramai orang kawin hari ni. Dah la hari Ahad cuti. Tapi kalu byk kenduri pon bukannya aku dapat gi pon duk jauh2 gini. Adui laa rendoo nak pakai baju lawa g kenduri mkn yg best2. Yeah Areej, we know…dah banyak kali kau cakap kan.
.
Walaupon sekarang dah bulan 10, sepatutnya dah sejuk. Tapi tahun ni mcm tak sejuk2 lagi. Still panas. Panas sampai tahap aku leh pakai sehelai je baju. Pastu nak tido malam2 pon kene buka tingkap. Hmm…tanda2 kiamat dah dekat kah?
.
Anyway, as today was such a lovely day, kami g jalan2. Kat mana lagi pagi2 hari gini kalau bukan ke carboot. Dua buah carboot pulak tu. Amru mcm biasa lah, asal naik kereta/pushchair je tidooooo. Mujo gok last2 dia bangun jugak, tengok dunia.
.

Konon2nya candid lah.
.

Tengah tido pon senyum. Happy sokmo budok ni deh. Kene pakai raincover jap coz waktu ni angin bayu membawa diriku kuat sangat.
.

Besar sungguh anjing tu.
.

Makan hot jacket potato. Satu2nya makanan mat salleh yang sedap sikit kalu nak ikut taste melayuku.
.

Makan x ingat dunia/anok :P
.

On the way balik, singgah rumah Danish kawan Amru jap. Tidur je si budak kecik ni. Cute je! Tapi aku tak pandai amik gambar so jadi macam ni, terserlah lah kebotakkan Amru :P
.
Sekian berita hari ini.

Wednesday, 11 August 2010

Chelsea v Man U @ Wembley


Ahad lepas kami gi tengok bola kat Wembley stadium, FA Community Shield Chelsea lawan Man U. Huh, tak sedar diri lah aku ni, nok beranok le le doh gi tengok bola lagi. Dari stesen tube nk ke entrance tempat duduk kami kene jalan jauh gila, kene tawaf separuh stadium (stadium tu dah la besarrr ok…nk banding dgn  bukit jalil tu kecik tuek je), naik bukit pulok tu, jalan laju pulok tu sbb nak wi dan dgn game. Padan muka I, nk pergi sangat tek pong…On the way balik baru rasa macam nak terabut urat2 peha…mujo x terberanak kat stadium. tapi kalau terberanak pon glamer gak kan? Dalam surat beranak nanti leh tulis “Tempat kelahiran: Wembley Stadium”. Cool gile… :P
.
Kalu org tanya aku suka ke tgk bola, aku jawab tak suka pon sbnrnya, tp suka gi stadium sbb suka tgk suasana org tgh cheer gitu. Hee…tak ngaku tu. Sbb aku rasa mcm tak feminin je kalau org pompuan suka tgk bola. Hee, personal opinion je, no offence to anyone. Anyway, sejak pregnant ni aku rasa byk sungguh aku tgk bola (walaupon x suka :P ). Waktu pregnant 4 bulan hari tu gi Anfield tgk game Liverpool. Balik hari pulok tu, Nak dekat subuh baru sampai rumah, Semangat betol. Pastu World Cup pulok, almost every game aku tgk kt tv (dulu x pernah2 ok…dulu just tgk final je). Pastu hari2 tgk laki aku lawan PES kt PS. Heee…anok aku kekgi kalu x reti main bola jugak x tahu lah…mesti kene make sure dia pandai main bola, kalau x sia2 je aku tgk bola sepanjang pregnancy ini.
.
On the way balik…huh sakit GILA kakii…mcm nak terputus urat peha…Jenis org wahi jalan…x sedar diri.. :P
.

.
.

2 Responses to “Chelsea v Man U @ Wembley”

  1. nafastari Says:
    pandailah anok mung bola kang! haha
    mung pun dah pakai tudong Indon skang?? :-)
  2. areej Says:
    ho lass…cepat letih le ni…malas weh nok jangok2 lg…baju2 x gosok doh le ni..haha…ni x branok lg, pah branok kekgi x tahu lah gane rupa..

Saturday, 21 November 2009

Semangat blogging

Boring weih! Asal bukak blog je, kene ngadap gambar minah burger ramly tgh nganga mulut. Buruk gile. Tu lah, tgh kumpul semangat blogging nih, ntah bila dia nak turun dari langit. Bulan 12 nanti lah…pastu nanti aku qada semua entry2 basi ku. Biar gila2 punya basi. Unik skit. Until then, goodye!

Monday, 9 February 2009

As white as snow


Entry untuk 3.2.09 (aku kan sokmo lembab nk update2 blog ni)
Best woo…sejak last nite sampai sekarang snow tak putus2 turun dari langit.

Kami yg sememangnya sejak dulu lagi mcm species burung hantu turun gi main snow pukul 1 pagi. Apa ek kami buat? Ya betol!!! We built a snowman, our first baby together!

Pagi tengahari tadi (sorry beb, aku dah kembali kepada routine harian asal) bangun tidur, jenguk kat tingkap…hohoho makin lebat weih. Perut lapar, malas masak, lidah seolah2 menjerit “Nak makan kebab Uxbridge, nak makan kebab Uxbridge!!!”.
Kami ke pekan untuk makan kebab Uxbridge. Tak pernah lagi aku tengok pekan Uxbridge sebegini rupa. Salji everywhere. Cantek la pulak.
Alang2 dah sampai ke pekan, beli je la ayam lamb dan rakan2nya.
Bergegas balik ke rumah. Lepas maghrib je, terus sambung buat kerja part-time kitorang as a snowman builder :P
Kesian bila teringatkan snowman yg kami buat last night…dia takde kawan. So kali ni kami buat 2 orang snowman, sorang laki2 sorang perempuan.
Sangat gigih bekerja.
Yay! Dah siap. Siapa lagi hensem…Mr. Snowman ke laki aku?
Snowoman pon tetap anggun dengan bibir merahnya. Aku letak cili merah besar utk dijadikan bibir…mcm pakai lipstick gitu.
Dikeheningan malam yg syahdu, Snowman n Snowoman tetiba fall in lef lah…
Maka diorang pon kawin. Aku n laki aku diberi the honour of jadi pengapit diorang…Ololo so cute!
okay, skrg tiba lah masanya utk pertandingan snowman paling cute. (yg pertama n kedua yg bertudung tu kitorg buat ok).
Goodbye, Mr. Snowman! Esok kau akan cair, I’m gonna miss you. Mwwuaahss!
Baru perasan ada 2 gambar aku kiss snowman. Suka lah kiss dia…sejuk bibir.
Boleh jadi favourite hobby yg baru selepas basuh pinggan n mandi.





9 Responses to “As white as snow”
fiza Says:
February 9th, 2009 at 6:01 pm
wahhh..bestnya main snow…jeleshhh nyerr kite.. cute sungguh snow man itu. ermm…lagi cute la dari areej..hehehe

areej Says:
February 9th, 2009 at 6:51 pm
snowman lg kiut dr areej??? x boleh jd nih…

Mawar Says:
February 10th, 2009 at 5:12 am
macam sedap jek kebab tu! nak!!!!! hehe

areej Says:
February 10th, 2009 at 7:54 pm
mawar — aha mmg sedap, td kitorg gi mkn lg! awk tu pregnen…semua bende nk makan kan hehe..
nak poskan tp takut by the time sampai dah rupa mcm apa agaknyee

k.ayu ummu uwais Says:
February 11th, 2009 at 7:40 am
salam areej.. huhu.. bestnyer korang dah dapat main salji.. kami kat cni ternanti-nanti snow turun..ingat mlm tadi dah nak turun lps ujan batu yg lebat, tp tak juga kunjung tiba..huhu… x sabo nak wat snowman cam thn lps..kihkih..nk wat lg cute dr areej nyer..kakakahhh..

wawa wahida Says:
February 12th, 2009 at 1:47 am
areej… best nye.. nk posing cam tu gak.. hehehe.. miss u dear..

areej Says:
February 12th, 2009 at 3:51 am
k.ayu — maneleh lawan kekiutan snowman sy hehehe….

wawa — wawaaaaaaaaaaaaaaaa…..lamanyaa x dgr berita…alaa x puas lg ke posing kt saner hehehe….bile nk dtg cni…jd x…..dtg laaa dtg laaa

Ryehana Says:
February 18th, 2009 at 3:31 am
Salam… lame giler tak jenguk sini. Baru update blog and link tak berupdate. nsbaik ade e-referrer. anyway, gambo2 semua kiut giler lah! especially gmbo kiss snowman. haha.. Sweet!

yati Says:
February 18th, 2009 at 3:35 am
aku laporrrrr…nok mkn kebab hok mung mkn tuh..tolongggg~! haha..ngong sungguh aku nih!

Friday, 6 February 2009

Blog stats


Dah setahun lebih agaknya aku agak active memblogging. (Maksud aku dgn ‘active’ is berjaya post at least 1 entry sebulan. Kalu nk kira start blogging agaknya dah 5 tahun kot aku blogging on off on off laa…cepat sgt demotivated n malas. ye dok yetty monster?).
Mengikut stats blog aku, sejak aku memperkenalkan entry ‘kasut kulit babi’ aku atau lebih dikenali sebagai KKB, hampir setiap hari ada pengunjung blog aku melalui search words ‘kulit babi’. Sampaikan top post aku yg paling ramai pengunjung merupakan entry aku psl KKB, tiap2 hari mesti ada lah org carik KKB nih. Sampaikan aku tak jadi nak letak tag cloud kat blog aku sebab perkataan ‘kulit babi’ menjadi tag paling popular blog aku, maka font dia amatlah besar. Kira kalu korang masuk je xareejx.com, the first thing u will see is perkataan ‘kulit babi’. malas lah aku letok tag cloud tu kan. Tapi aku suka je sbb semua ni menunjukkan ramai orang yg nak tahu bagaimana nak elak dr terbeli KKB.
Pastu, sejak aku post entry pasal sakit telinga hari tu makin byk la pulak searchword seperti ’sakit telinga’ lah ‘telinga berdarah lah’. Fuyyo…mcm doktor pakar sakit telinga la pulak aku ni.
Macam lawak la pulak. Pelik2 betul searchwords yg orang gunakan ye?

Tuesday, 3 February 2009

Aiman & Areej in Andalucia


Video ini ditujukan buat my beloved hubby yang telah bersusah payah tapi dengan brilliantnya organise honeymoon kami tempoh hari. (Aku reti berlenggang n bergambar je :P )
Thanks for all the fun we had and the wonderful times we shared together ;)
And thanks for the memories…Saaayang awak!
Make sure your speakers are turned on! :)
Dan sememangnya it’s built to last! :D